Sunday, October 29, 2017

Summary of My 2016

Assalamualaikum hi!

Sat nak throwback events yang berlaku sepanjang 2016. To be honest aku pun ingat ingat lupa dah haha. Almaklumlah banyak urat putus masa beranak hari tu.

Engagement Day

Alhamdulillah seminggu selepas aku masuk internship di IPC KLANG, aku selamat bertunang dengan my forever bae, my Kang Jol! Yay alhamdulillah. Tolong jangan salah sangka, Kang Jol saya bukan oppa korea tapi oppa Batu Pahat. Hihi. Majlis pertunangan kami dihadiri oleh saudara terdekat kedua belah pihak. Majlis kecil kecilan sahaja so jangan tanya pula kenapa tak jemput.

I was Hired

Tiga minggu sebelum aku betul betul habis internship aku dapat interview untuk position *tak ingat* di Jones Lang Lasalle. Passed my first interview alhamdulillah and i was called for second interview. Tapi masa tu aku dah pun bekerja untuk IPC KAJANG sebagai Building Executive. Alhamdulillah, rezeki orang nak kahwin kot hihi. I worked for IPC KAJANG for a year until May 2017.

Graduation Day


Oktober 2016 aku berjaya menggenggam segulung ijazah dalam bidang Pengurusan Harta Tanah dengan Kepujian di UTHM. Ingat lagi, hari pertama aku mendaftar rasa macam lamanya lagi nak hidup dekat UTHM ni. Little did i know, 4 tahun tu berlalu dengan sangat pantas. Tahu tahu dah setahun aku tinggalkan UTHM, basketball dan zaman bujang yang lalok. Haha. Selamat tinggal UTHM, thanks for the memories!

Wedding Day



Aku bernikah dan bersanding pada hari yang sama iaitu 6 November 2016. Of course aku gembira, tapi dalam masa yang sama aku bangga dengan diri sendiri sebab berjaya plan satu majlis yang besar. Of course la dengan pertolongan keluarga dan kawan kawan. Thank you so much korang yang banyak tolong majlis aku. You know who you are. Allah je yang mampu balas jasa korang semua.

Dan alhamdulillah lagi sekali sebulan lepas tu aku disahkan mengandung baby pertama kami. Syukur syukur syukur, itu je yang mampu aku ucapkan, terlalu banyak nikmat dan rezeki yang Allah kurniakan untuk aku dalam tahun tu.

No comments:

Post a Comment