Friday, February 15, 2013

Home Sweet Home


Assalamualaikum dan selamat pagi petang mahupun malam.

Entry ini aku karang pada 14hb dan tersimpan di draft. Terbengkalai. Aku kekeringan idea bagaimana untuk menulis. Aku perlukan jiwa dan ketenanganku kembali. Dan hari ini ku gagahkan jua..


February 14 2012, 1.30 a.m.

Malam ni aku merasakan sedikit sedih. Secubit rasa marah dan segumpal rasa hiba. Entah kenapa aku marah pun aku tak tau. Tapi sedih, memang banyak.

Sedar tak sedar sudah 23 hari aku menghabiskan masa di rumah.

..........

February 15 2012, 4.38p.m.

Few more days to go back to Johor. Sebulan cuti semester bagaikan seminggu. Aku tahu aku harus kuat untuk kembali ke tanah tempat aku menuntut ilmu. Namun yang pasti aku akan merindui suasana yang tidak pernah sunyi di rumah. Walaupun rumah aku kecik tapi aku bangga, hubungan sesama kami tidak sekecil itu, jiwa kami, hati kami, besar. Malah lebih besar daripada sesetengah keluarga yang mementingkan pangkat dan harta.

*Entah kenapa sekarang aku lebis selesa untuk menulis di dalam bahasa baku. Nak kata gua jiwa sastera tak jugak. Jiwa rempit lagilah tidak. Baiklah aku akan cuba untuk lebih santai dalam penulisanku. Terasa seperti penulis profesyenel pula. Maafkan aku, aku tidak pandai mengeja. Selain daripada itu aku juga malas untuk backspace mahupun memikirkan ayat yang sesuai. Maka aku biarkan sahaja. Sesiapa yang fail Bahasa Melayu dalam UPSR, PMR mahupun SPM dilarang membaca blog ini, jikalau terpengaruh saya tidak akan sesekali bertanggung dan jawab.

Nampaknya semakin merepek. Baiklah, eloklah kiranya aku langsung ke titik (straight to the point). Aku mempunyai penyakit homesick yang agak parah. Macam manalah nak kahwin ni duduk jauh sikit pun dah homesick. Johor je pun bukannya Kelantan mahupun Perancis. Kikikik.

Sebenarnya aku tak ingat apa yang aku nak tulis nih. Hmmm. Urmmm. Errrr.

Okay, dah ingat dah.

Harini Jumaat, esok Sabtu dan esoknya lagi Ahad. Dan aku, baru aku sedari banyak perkara yang aku perlu selesaikan sebelum pulang ke Johor. Packing, sesi membuat kek batik, beli kasut, semualah.

baju yang aku cari selama ini ada terlonggok di bawah katil. No, bukan terlonggok tapi tersimpan dalam plastik di bawah katil and for your information bilikku sekarang adalah stor pakaian ahli keluargaku yang lain. 80% benda bukan hidup yang terdapat dalam bilik tu adalah pakaian pakaian dan pakaian. Aku juga sebenarnya hanya menumpang kasih sayang untuk tidur di bilik Aqil saban malam. Makanya, aku pasti t-shirtsss (t-shirt yang banyak) aku pasti terletak dekat sana juga. Dan jangkaanku tidak pernah meleset, memang ada! Persoalannya, bila akan ku basuh baju tersebut sedangkan sudah 2 minggu aku menjumpainya. Mungkin persoalan ini akan kekal sebagai persoalan sehingga malam Sabtu nanti.

9.08p.m.

Well this is me, will write few words, stop and do some random things like watching tv, movies, eating, solat, eat again, coffee time, and only then I'll continue writing few words and stop again, eating, watching movies, and it keeps going over and over again.

Everytime I think of going back to UTHM I'll be soo moody. I really don't know why. Maybe because the fact is, I have to take bus and my luggage is so big, and I brought my bantal peluk home and now how on Earth can I bring my bantal peluk naik atas bas like, bukan jauh pun KL-Johor. Lainla kalau Mek Kelate Si Hani bawak bantal naik bas itu tidak pelik. Dan juga by the time aku sampai Batu Pahat, semua orang dah siap daftar. Dan aku tak akan dapat daftar satu bilik dengan roommates lama. Dan aku akan dapat as always bilik tingkat palingggg tinggi. Dan ini sungguh mendukacitakan aku. Tapi takpe, aku berserah sahajalah.

Dan lagi yang membuatkan aku sangat tidak mahu balik, Iman! I enjoyed listening to her though she's really insane and wouldn't stop talking and memorizes the lines in Upin Ipin. Kalau nak makan ayam haruslah sebijik macam ayam yang Upin Ipin makan, wajib drumstick part. Aku pun tak tahu kenapakah pengaruh Upin Ipin sangat mendalam terhadap budak kecik ni. Nasib baik Iman ni tak botak kalau tak eloklah tu masuk geng Upin Ipin. Sometimes if I ask her, "Iman ni anak siapa?" she will say "Anak Along lah, hahaha". Every single time. And I was like, apa kena dengan budak ni. Told you she's insane. Tapi tak baiklah cakap macam tu haha sorry Iman, Along doakan Iman jadi anak yang solehah and keep your sanity right, alright! Haha.

Since Tok is a Kelantanese, mom will sometimes use a Kelantanese dialect like, terak pinggan, mengaca, and few others but I don't know much. And when mom teasing Iman like, saying "Gapo gakk" or "Huk aloh" she will laugh and ask mom, "Apa Mama ni cakap macam tu?" and keep laughing and the other time she asked me, "Along, Mama cakap apa tu Iman tak paam (paham) la".

... And so many more. I swear I'll be missing her the most when I'm in Johor later.


Baiklah, sungguh panjang aku rasa aku menulis kali ini. Hahaha siapala nak baca panjang-panjang gini. Tapi takpe, sebab aku tahu akan ada seseorang yang kacak bergaya yang akan setia membaca sampai habis walaupun aku mengarut dan menggunakan bahasa yang tidak betul dan bahasa rojak. Ini kalau Teacher Kalavathy mahupun Cikgu Noridah baca blog aku ni memang menangis beliau berdua. Sia-sia mereka mengajarku English dan Bahasa Melayu. Maaf cikgu, kali ni saya tak buat lagi. Esok, insyaAllah.

Nak tepek la gambar, bagi meriah sikit at least ada kaler kaler.


Inilah Iman!






Really, gonna miss 'em 



Ini adalah salah satu dari kepelikan Iman. Harap tidak terkejut apabila yang diharapkan nasi berlaukkan sambal udang ataupun tomyam rupanya seorang budak kecik yang tidak berhenti bercakap













No comments:

Post a Comment