Thursday, January 22, 2015

Johor Bahru Night Trip


Johor Bahru Night Trip ni aku boleh kata lebih kepada spontaneous trip sebabnya masa tu kitorang semua tengah exam. Tapi gap paper masing masing lama lagi. Jadi, pada suatu malam yang stress dan serius, aku pergi ke bilik Nabila dan Ummi. Tujuannya nak berborak aja sebabnya aku memang tengah stress (baca: malas) nak study. Tiba tiba terpacul perkataan berbaur ajakan terhadap dak dak ni. Masa tu pukul 9.30 malam.

"Wey jom pergi jalan jalan dekat highway."

"Jom!" Kata Nabila yang pantang diajak.
"Jom!" Kata Ummi yang mudah terpengaruh pula.

Yes! Detik hati kecilku. Misi aku berjaya jadi aku ajak pula Farah. Masing masing bersiap ala kadar sebab dah malam. Tapi aku dah get ready bawa bantal dan selimut bersama, manalah tahu panjang langkah pula nanti. Dak dak ni mula mula gelakkan haku tapi lepastu diorang pula yang over siap bawa bantal golek yang panjang tu.

Masa baru keluar rumah tu tiba tiba saja kitorang tukar plan dari nak berjalan jalan dekat highway ke berjalan jalan ke JB. Kahkahkah. Masing masing berdekah sebab dah tahu perangai masing masing. Wanderlust sangat uolz. Tapi, Kentutu tak mungkin lengkap tanpa Atiqah, lepas saja isi  minyak, kitorang patah balik pergi rumah Atiqah dan kejutkan dia dari tidur. Dari situ aku mulai sedar akan perangai syaiton masing masing.


Tepat 10.30 malam, kami berlima pun bergerak dari Batu Pahat ke Johor Bahru. Disebabkan aku tak berapa nak boleh drive malam, aku bawak perlahan je tapi pelik juga sempat sampai JB pukul 11.15 malam. Sebelum tu sempatlah singgah R&R Machap untuk membeli pishang salai kegemaran Nabila.

R&R Machap


Tempat pertama kami tuju adalah Danga Bay Fun Fair. Disebabkan malam weekday jadi memang tak ada orang, lengang je. Lagipun dah pukul 11 lebih. Elok je kitorang sampai dia tutup kaunter tiket. Kempunan gila nak main mende alah yang macam kapal tu :'( Tapi jangan risau mainan lain masih ada tapi disebabkan kami on tight budget, cita cita datang Danga Bay hanyalah nak main kapal itu saja. Jadi, kami proceed ke tempat seterusnya iaitu cari makanan.

Danga Bay Fun Fair

Masa on the way pergi Danga Bay Fun Fair ni kami lalu satu tempat makan yang boleh tahan juga meriahnya. Jadi kami decide makan dekat situ je. Lokasinya bertentangan sahaja dengan Danga Bay Fun Fair. Tapi sebab hakak engko ni jenis tak ingat jalan dan jenis suka sesat maka perjalanan jadi makin jauh, siap lalu Tune Hotel lagi :')

 
Restoran Singgah Selalu

Kentutu dan Farah















Restoran Singgah Selalu ni makanan dia standard rege dekat shopping mall lah. Ada shisha, western food, dan masakan kampung. Walaupun namanya masakan kampung tapi harga dia boleh tahan juga. Apa yang sempat aku usha nasi goreng biasa berharga RM7.50. Jadi engko boleh congak congak lah kalau nak masakan yang fancy tu berapa ringgit. Nabila dan Atiqah order chicken chop grilled dan crispy, cost them RM15 and RM17.50 each. Nasib baik boleh tahan sedap. Kalau engko jenis kedekut atau dalam tight budget seperti aku, engko tak payah order dulu, tunggu next tempat makan yang kami pergi lepas ni. Order air je sebab air dia sedap.

Sepanjang makan dekat situ aku menggigil sejuk. Aku tak pasti adakah itu sejuk angin malam atau sejuk duduk bawah kipas. Dekat sini juga mungkin  famous dengan shisha nya sebab pada pengamatan aku, semua table ada setong shisha kecuali pada family table. Sedap betul baunya, kalau rokok bau macam ni aku tak marah. Kakaka.

Habis makan, kami terus bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Bazaar Karat. Bazaar Karat ni terletak di area Jalan Tan Hiok Nee. Sampai sampai je boleh parking tepi jalan. Jangan risau, menurut firasat aku tak ada orang nak saman kereta engko malam malam.

Salah satu lorong di Bazaar Karat. Dekat belakang tu dah banyak orang jual jual.

All of us, Kentutu and Farah

Aku memang tak ambik banyak gambar sebab battery low, tapi kalau engkorang berjalan dekat Bazaar Karat ni boleh tahan juga godaan dia. Banyak gila baju baby yang cute. Tecik dan omey je. Tak kurang juga kasut, baju dan tudung yang kalau lah malam tu aku bawak duit beratus ringgit, boleh habis juga tu. Aku tak pasti pula pukul berapa dia buka, tapi masa kami datang tak crowded pun. Lengang. Mungkin malam orang kerja. Dan aku tak pasti pula orang dah berkemas nak balik atau orang baru nak berniaga. Haha tapi kalau korang pergi Bazaar Karat dalam pukul 1 pagi, jangan risau masih ada lagi orang.

Habis window shopping, seterusnya kami pergi karaoke di Ali Baba pula. Ali Baba Karaoke ni terletak di Giant Tampoi, Jalan Skudai. Nak pergi sini senang saja kalau kau ada kereta dan waze. Hihi. Ini memang first time aku pergi Ali Baba, jadi memang aku gembira gila sebab decoration dia ala ala arab gitchew. Aku tak tipu, memang aku gembira gila. Malangnya, masa kami karok hanya sejam saja sebab dia tutup pukul 3 pagi. Bayaran untuk satu bilik RM29.90 bagi 5 orang. Tambahan RM5 untuk apa entah, aku dah tak dengar dah masa tu excited nak karok kasi hilang semua stress study.






Paling kelakar bila kau ada masa hanya sejam tapi kelima-lima kitorang memang tengah gian nak menyanyi. Satu lagu tak sempat habis terus next, next sebab takut tak cukup masa. Lagu penutup pada malam itu adalah Dambaan Pilu by Khai AF. Kahkahkah. Sendu.

Bagi aku rate dia okay lah untuk late night charge. Tempat pun cantik, selesa, bilik besar. Yang paling best bila buah-buahan dia serve ala ala ali baba. Suka sangat! Izzati bagi 5 bintang (tunjuk 5 jari). Selesai berfoya foya, kami bergegas mencari makanan. Maklumlah tenaga dah habis buat modal keluar suara. Insert muka gedik sikit.

Jadi kami patah balik ke Medan Steamboat Luton Van Dataran Bandaraya. Dekat sini akan ada banyak gerai lori bersusun dan di tengah tengahnya diletakkan meja. Konsepnya sama je semua gerai, menjual juadah steamboat (more to yong tau fu bagi aku), bakso, tahu bakar. Tapi disebabkan masa kami sampai dah pukul 3 pagi. Jadi memang banyak gerai gerai dah tutup. Kecewa but what do you expect, it's 3 in the morning. Haha. Dari blog yang aku baca, masa operasi bermula dari 6 petang. Kalau nak banyak pilihan sila lah datang awal ya. Dulu aku pergi dalam pukul 9 -10 malam memang seronok sangat, banyak pilihan dan ramai orang. 







Inilah gerai pilihan kami. Harga steamboat ni boleh pilih ikut warna lidi. Range harga bagi satu cucuk lidi dari RM1-RM2. Cubalah, rugi lah kalau dah sampai JB tak pergi sini. Waktu dicadangkan pergi adalah 9-12 malam. Masa tu memang meriah sangat. Kalau engko buat perangai merayau tengah malam macam aku, merasa lah pat lima gerai je hahahahaha.

Selesai makan, kami pun decide untuk pulang ke pangkal jalan. Jam pun sudah menunjukkan pukul 4 pagi, kalau dekat rumah aku tak tidur lagi ni, confirm mak gua akan bising. Kehkeh. Balik Atiqah drive, masing masing dah mengantuk sementara Atiqah semakin segar. Ye la dia kan dah tidur tadi. Bijak juga tindakan kami kejutkan dia dari tidur tadi

Disebabkan perasaan taknak balik rumah terus, kami pun singgah lagi sekali di R&R Machap. Sebab tiba tiba aku rasa lapar lagi sekali. Sejenis perasaan apa entah tu, walhal aku baru saja lepas makan tadi. Lepak sap kok lu, borak tentang tujuan hidup dan cara cara menempuhi sem akan datang. Dalam berborak tu timbul pula cerita hantu sekolah asrama masing masing. Paling kelakar cerita hantu pakai stoking di sekolah Atiqah, terhibur betul kami berlima.

Selesai solat subuh, kami bergerak balik. Dapat katil je, semua collapse. It was a fun trip, full of spontaneous acts and decisions. If i were given one more chance, I would go travelling again with them bcs y know, they said we should travel with close friends to make the best trip of our lives! :)




 Budget
Petrol : RM35 (Wira) // RM7 per pax
Toll : RM18.20 (Ayer Hitam-Skudai, Skudai-Ayer Hitam) // RM3.60 per pax
Milo Ice : RM3.50
Ali Baba Karaoke : RM35 // RM7 per pax
Steamboat : RM10

Total : RM31.10



No comments:

Post a Comment