Monday, February 9, 2015

Backpacking to Penang (Budget Trip) - Day 1


Okay sambung balik.

Disebabkan kami cukup cukup je berlima, jadi kami memang decide naik kereta saja. Kosnya pastilah berkali kali ganda lagi murah dari naik bas. Perjalanan dari Telok Panglima Garang ke Penang ambil masa 6 jam termasuk berhenti solat, sesat, dan kena saman. Hahahahaha! That was our very first trip, jadi sepanjang perjalanan memang bising nak mam. Excited kan. Gila tak excited?

Jenis aku kalau trip jauh jauh macam ni aku seronok tengok scenery (ceh speaking London!). Lawa gila baq ang, masa otw lalu Perak ada satu waterfall yang sangat tinggi dan cantik, boleh nampak dari highway. Tapi sedih jugaklah sebab tengok banyak je bukit bukau yang dah gondol. Dulu masa aku matrik Penang rasanya mana ada lagi bukit gondol tersebut.


Dah sampai Ipoh! Excited



Kitorang berhenti sekejap untuk solat jamak di RTC Ipoh. Kalau engkorang jenis tak suka pergi toilet kecik kecik, solat bersesak di surau yang kecik, maka memang aku cadangkan singgah dekat sini. Siap ada Mydin lagi. Selesai solat, selfie wefie bagai, kami teruskan perjalanan. Sepanjang perjalanan memang kami berhenti satu tempat ni saja. Itu pun untuk solat. Makan? Masing masing prepare perut nak melantak di Penang nanti :P

Lebih kurang satu setengah jam kemudian, kami pun sampai di Penang. Tol yang dikenakan dari KL-Penang adalah RM43.30. Disebabkan bumbung kereta Faiq boleh bukak, jadi kitorang pun dah plan siap siap, nanti masa lalu Jambatan Pulau Pinang nak keluarkan kepala. Kahkah tak tahulah nak kategorikan kami di dalam golongan jakun ke excited.

Aku syak masa ni Amir dan Faiq jealous kitorang macam gembira gila main keluar keluar kepala ni.

Motif aku cuma nak tunjuk gambaq jambatan ja..


Aku tak tahu lah sama ada dibenarkan atau tidak untuk beraksi seperti kami ni. Mana nak taw karang engkorang buat kena saman ke, jangan salahkan akhak tau. Yang penting kami sumpah happy gila! Nantikan travelogue video kami!

Sampai sampai je terus kami menuju ke Padang Kota untuk Food Hunting Session yang pertama. Hikhik! Pandai pandai lah engkorang pakai Waze. Waze ni aku syak ciptaan orang jawa. Masalahnya kadang kadang budak budak ni tanya aku, Wes mangan? Aku kadang tersasul juga jawab "Waze.."

Engkorang faham ke tak joke aku ni?! Only those who speaks javanese will understand. (Cover)

Padang Kota ni memang famous dengan Mi Sotong Hameed Pata dan Coconut Shake. Jadi kalau engkorang ni first time datang sini, wajib rasa benda ni. Pasemboq kami tak rasa pulak sebab lebih excited nak makan Pasemboq Gurney Drive. Bagi yang tak tahu, korang sampai sampai je terus cari parking tepi padang. Ada juga disediakan parking tapi kami terlepas. Kedai Uncle Hameed Pata (Ewah!) ni terletak betul betul sebelah Fort Cornwallis. Jangan sesat tau, sebab senang je. Masa dah menunjukkan pukul 5.30 macam tu lah lebih kurang. Jadi memang kitorang terus serbu.



Ais Kacang


Mee Rebus dan Mee Goreng Sotong

Timing kami datang tak berapa nak cun kot sebab orang baru balik kerja, jadi memang kedai tu sangat ramai. Tips nak order, order dekat orang yang ambil order dekat meja. Jangan terus pergi depan muka orang yang tengah buat tu. Disebabkan tengah lapar, jadi kitorang tak dapat berfikir dengan waras. Dan disebabkan nampak sangat kami ni macam tourist, di boleh lek lek je bagi orang lain dulu. Ada lah pat lima kali juga pergi repeat order. Jadi nasihat aku, sebelum nak food hunting tu makan lah apa apa dulu, jangan nampak sangat kebuloq macam kami ni. Ahucks. Kami order Mee Rebus dan Mee Goreng Sotong. Personally, aku lebih suka mee rebus dia. Lebih sedap, pedas dan menggiurkan! Grr, guwa dah meleleh ayaq liuq ni! Unfortunately, cocont shake dia dah habis jadi gambar pun ilek podek lah.

Banyak masa habis untuk tunggu makanan saja. Tapi tak apalah since kami memang tak ikut plan sangat, jadi kami habiskan masa ambil gambar dan ambil angin laut petang petang. Sumpah best wey, aku tak tahulah kenapa, tapi rasa seronok duduk tepi laut tu lain macam tau. Disertai angin yang kuat. Fuhh terbaik.

Satu satunya gambar Amir ambil yang jadi

Angin kuat gilaaaaa!

Faiq yang flawless. Yang tak berapa nak flawless duduk jauh jauh.

Tepi Fort Cornwallis.


Masa ni memang dah lambat sangat jadi kami tak sempat nak masuk Fort Cornwallis. Ambil gambar dari luar pun jadi lah. Plan asal untuk aktiviti seterusnya adalah menuju ke Batu Feringghi. Menurut sembang lebat mereka, konon nak berkhemah tepi pantai. Jangan main main tau, dah siap bawa tent lagi kahkah. Ini semua pasal nak save budget lah but then setelah brainstorm ramai ramai, kami bersetuju untuk sewa satu malam di hotel area Georgetown. So kami pun memulakan misi To-Find-The-Cheapest-Hostel-You-Will-Ever-Get-In-Georgetown. Memang kami walk in je. Before ni ada juga booking tapi dah cancel booking sebab nak sesuaikan dengan schedule kitorang.

Cari punya cari jumpalah Kim Sun Hotel. Kami ambil 2 bilik, triple bed with shared bathroom and double bed with private bathroom. Both berharga RM70 per night. Jadi untuk dua bilik kami dapat dengan harga RM140. Oh ya, bagi yang tak tahu, korang tak boleh tau nak buat perangai sewa satu bilik double bed then nak berhimpit ramai dalam bilik dekat hotel area Georgetown ni. Sebab dekat sini mungkin dia dah tetapkan seorang mesti satu bed. Nama pun budget hotel kan. Dan mungkin rata rata owner budget hotel dan hostel dah tetapkan rate macam tu. So kita ikut sajalah ya. Ini pun dah cukup murah.

Disebabkan kami gegadis dapat bilik 3 katil dan toilet dekat luar, jadi kami gunakan suara majoriti  untuk exchange bilik dengan jejaka dua orang tersebut. Hahaha. Uncle receptionist tu pun dah tak kisah dah sebab kami bayar 5 katil untuk 5 orang. So tak kisahlah engko nak tukar bilik macam mana sekalipun lepastu. Bagi aku bilik dia okay untuk kami backpacker yang memang on tight budget ni. Cuma sedikit susah untuk solat, ruang tak banyak. Selesai check in, kami bersihkan diri, solat dan bersiap siap untuk ke Batu Feringghi! Weehaaa!


Jalan terletaknya Kim Sun Hotel. Aku tak boleh betul lah jalan stail macam ni. Sukaaaaaaa sanad!

9.30 malam, berkumpul dekat lobi. Masa ni semua kehausan jadi kitorang jalan sikit ke 7 Eleven. Dekat ja, jalan kaki pun boleh. Masing masing beli 2 botol besaq sorang. Nampak tak betapa lainnya bahang Penang dengan bahang Selangor? Tapi sebelum keluar, kitorang tanya siap siap dekat uncle receptionist tu pukul berapa dia tutup pagar hotel. Tanya lah siap siap takut engkorang terkurung pula nanti.

So next kami naik kereta siap siap. Decide nak pergi Kek lok Si Temple sebelum ke Batu Feringghi. Okay yang ini kelakar. Aku tengok dekat mana entah dia kata Kek Lok Si Temple ni cantik banyak lampu malam malam. Bila sampai sana, gelap dan sunyi. Dahlah nak naik bukit tu bahaya. Ditambah pula Amir yang drive, memang bertambah seram jadinya. Kakaka. Rupanya bila aku check balik, Kek Lok Si Temple hanya akan meriah dengan lampu macam dekat Hong Kong ketika ada perayaan tertentu seperti CNY sahaja. Kahkahkah! Dengan cemas kitorang turun balik bukit lantas aku meminta maaf pada mereka. Next destination, Batu Feringghi Night Market!


Aten dengan misi mencari shades-nya


Antara gerai yang paling menarik di mata aku sebab banyak lampu. I iz suka lampuuuu.


Dekat Batu Feringghi Night Market ni korang boleh lah cari souvenir untuk mak pak adik kakak abang boifren gelfren korang. Harganya within budget saja. Sempat je kitorang ni capai FM hanya RM10 for 6 pieces. Jumpa shades dan FM, kami terus ke pantai. Betul betul belakang night market tu sahaja. Antara pantai petang dan pantai waktu malam, aku prefer pantai waktu malam. Angin kuat, air pasang. Best gila. Kalau nak buat firecamp tu rasa macam, wey tak terbang ke khemah aku nanti. Hehe.

Batu Feringghi Beach!


Disebabkan masing masing dah kelaparan dan malam pun semakin berusia, kami pun bergerak balik ke Georgetown pekena nasi kandaq baq ang! Peh tak sedap betul ayat aku. Aku memang dah lama betul teringin nak makan nasi kandar ni. Bertambah excited bila kedai nasi kandar yang kami tuju adalah Nasi Kandar Beratur! Tapi the moment kitorang sampai tu dah tak payah beratur dah sebabnya dah tak ramai orang. Yahooo!

Nasi Kandar kuah campur, lauk sotong


Ini first time aku makan nasi kandar. Rasa dia memang terbaik! Fuhh, sedap, kuah cukup rasa, semua sedap! T.T rindunya Penang food, serious masa tengah buat entry ni berapa kali juga perut aku berbunyi. Kalau pergi sini lagi, ini memang akan jadi tempat wajib ;)

Bila masing masing dah kenyang, balik bilik dan tidur! Semua kena paksa tidur sebab esok nak bangun pagi, tengok sunrise katanya :P


Total RM spent Day 1 

  • Petrol - RM150/5 (RM30 per pax)
  • Touch n Go - RM100/5 (RM20 per pax)
  • Mee Sotong - RM5
  • Ais Kacang - RM3
  • Hotel - RM140/5 (RM28 per pax)
  • Air mineral - RM4
  • Nasi Kandar lauk sotong - RM9.50
  • Limau Ais - RM1.20
  • Fridge Magnet - RM10/6 (RM1.70 each)
Total : RM102.40



Nantikan Backpacking to Penang (Budget Trip) - Day2






3 comments:

  1. tgh survey surver blog...tq for sharing info :)

    ReplyDelete
  2. Sports Betting - Mapyro
    Bet the bsjeon.net moneyline from 1:25 PM to 출장안마 11:00 PM. https://octcasino.com/ See communitykhabar more. worrione.com MapYO Sportsbook features live odds, live streaming, and detailed information.

    ReplyDelete