Thursday, June 4, 2015

Cerita seram ringkas


Tak adalah seram mana tapi meremang juga lah kalau engko ada dekat situ.

Iman merupakan adik bongsu aku, sejenis budak yang cepat dan betah bercakap berbanding rakan sebayanya yang lain. Masa tu Iman dalam 2 tahun kalau tak silap. Ceritanya bermula bila mak aku sekeluarga menjemput aku dari UTHM. Jadi otw balik tu memang dah tengah malam, around 12 macam tu bila kitorang betul betul sampai dekat satu R&R ni.

Ceritanya aku dan mak aku ke surau sebab teman mak aku nak jamak solat isya' maghrib. So bawalah Iman sekali. Sampai sampai je dekat surau, Iman secara tiba-tiba menunjuk ke arah dinding berdekatan kami..

"Eh eh ada oyang lah (orang)"

Kami semua berpaling ke arah dinding tersebut.

Kosong.

Aku dan Ma saling berpandangan.

Halah halah halah Iman ni, dia nampak dia pergi bagitahu orang pula, siap tunjuk lagi tu. Last last aku dengan ma buat buat tak tahu je sebab kitorang nak solat.

Okay habis cerita. Hikhik.


No comments:

Post a Comment